Monday, February 22, 2010

Teman......

Andainya kau ingin berteman jangan lah kerana kelebihannya...
    Mungkin kerana satu kelemahan kau akan menjauhinya...
Andainya kau ingin berteman jangan lah kerana kebaikannya...
    Mungkin kerana satu keburukan kau akan membencinya...
Andainya kau ingin sahabat jangan lah kerana ilmunya...
    Kerana jika dia buntu kau akan memfitnahnya...
Andainya kau ingin sahabat jangan lah kerana sifat cerianya...
    Kerana jika dia tidak menceriakan, kau akan menyalahkannya...
Andainya kau ingin berteman terima dia seadanya....
    Kerana dia hanya manusia biasa...jgn diharap kesempurnaannya....
    Kerana kau juga tidak sempurna.....
tapi.......Bersahabatlah kerana Allah s.w.t.....

<>

No comments: